| |

Mufti Haji Wan
Musa
Ahli
tasawuf berpendirian tegas.Bergiat berzaman dengan Tok Selehong,Haji. Che Leh Kg
Laut,Tengku Mahmud (Syeikhul Islam Selangor). Putera kedua TuanTabal dan adik
kandung Mufti Haji Wan Muhammad,juga abang kepada Haji Nik Abdullah Khatib.
Nama penuhnya ialah Haji Wan Musa bin Haji Abdul
Samad.Bapanya,Haji Abdul Samad bin Mohd Saleh al-Kalatani[lebih masyur dengan
gelaran Tuan Tabal] ialah penyebar printis tarekat Ahmadiyah di rantau ini,juga
tergolong ulama pengarang yang banyak menulis kitab jawi -terpentingnya Minhat
al-Qarib [1883].
Haji Wan Musa adalah seorang rakan seperguruan Tok Kenali ,terkenal denga
fikiran-fikiran yang berani tetapi kontroversi. Namun, beliau terpilih dan
ditawarkan jawatan Mufti Kerajaan Kelantan selepas penguduran Mufti Haji Wan
Ishak pada awal 1909.
Sikapnya yang tegas serta pandangan-pandangan nya yang
cenderong kepada reformasi telah menyerat beliau ke kancah pertelagahan pendapat
dengan tokoh-tokoh "Kaum Tua" seperti Haji Omar Sungai Keladi ,Haji
Ibrahim Tok Raja ,Haji Ismail Kemuning dan Haji Ahmad Abdul Mannan. Di luar
Kelantan pula, beliau pernah berpolemik dengan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani -penulis
Tazkiyat al-Anzar (1920) yang menghujah balas pendapat Haji Wan Musa.
Antara persoalan kontroversi yang berbangkit sehubungan
dengan pendapat beliau ialah isu membina masjid dengan harta zakat fitrah, hal
muqaranah sembahyang, talqin, kain telekung sembahyang, telfiq mazhab,
pemindahan harta wakaf/pusaka dan perbahasan jilatan anjing. Keyakinannya kepada
pendapat-pendapat yang pernah diluahkannya serta partelingkahannya yang lama
dengan tokoh-tokoh "Kaum Tua" menyebabkan beliau melepaskan jawatan
Mufti pada pertengahan 1916.
Sebagai tokoh
berwibawa, halaqat pengajian disuraunya diJalan
Merbau,Kota Bharu berjaya melahirkan ramai pendakwah pelapis yang mampu mengajar
baik di sekolah pondok mahupun di sekolah moden. Mereka termasuk Hj. Saad
Kangkong Pak Su Wan Adam Kg. Laut,Hj. Mohd Zain Meranti,Hj. Nik Mat Alim Pulau
Melaka, Hj. Abdul Wahid Melaka, Hj. Ahmad Perak dan Hj. Ayyub
Kemboja.Putera-putera beliau sendiri pun tergolong alim ulama yang
disegani.Antara tokoh-tokoh yang dimaksudkan ialah Hj.Nik Abdullah, Hj. Nik Mat
Nazir ,Hj. Nik Mud , Hj. Nik Leh dan Hj. Nik Mat Din.Pusaka lainnya ialah dua
buah risalah terjemahan yang selesai disusun seawal 1906 lagi.
Mufti Haji Wan Musa kembali ke alam baka pada 3.00 petang
Sabtu 24 Zulkaedah 1357 bertepatan 14 Januari 1939 dan dikebumikan di tanah
perkuburan Kg. Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu .
|
|