| t o k o h m u f t i | |||||
|
|
|
HAJI WAN
MUSA BIN HAJI ABD SAMAD Tokoh
yang terkenal dengan fikiran-fikiran yang berani dan tegas tetapi controversial
ini dilantik menjadi Mufti pada 19hb. Januari 1909, tidak lama selepas penamatan
tempoh perkhidmatan Mufti sebelumnya – Haji Wan Ishak.
Beliau ialah Mufti Kerajaan Negeri Kelantan yang ke – 3 selepas Haji
Nik Wan Daud dan Haji Wan Ishak. Anak
Tuan Tabal, beliau dilahirkan di Lorong Tok Semian, Kota Bharu pada tahun 1875.
Belajar agama di Mekah kepada guru-guru yang terkenal, antaranya Syeikh
Hasbullah, Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Dandrawi, Syeikh Wan Ahmad bin Wan Mohd
Zain al-Fatani dan lain-lain. Banyak
membaca kitab-kitab golongan refomis Islam serta meneliti perkembangan politik
dunia melalui majalah-majalah terkemuka di dalam dan di luar Negeri seperti al-Manar,
al-Urwah al-Wuthqa, al-Imam dan lain-lain. Sikapnya
yang tegas serta pandangan-pandangannya yang cenderung kepada faham pembaharuan
(reformasi) telah mengheret beliau ke dalam kancah pertelagahan pendapat dengan
tokoh-tokoh kaum tua. Antara
isu-isu controversial yang berbangkit sehubungan dengan pendapat beliau ialah
isu membina masjid dengan harta zakat fitrah, persoalan muqaranah sembahyang,
talqin, kain telekung sembanhyang, talfiq mazhab, hokum jilatan anjing, jualan
harta wakaf dan lain-lain. Kerana
yakin kepada pendapat-pendapat yang pernah dikemukakannya tetapi tidak mendapat
sambutan daripada kaum tua, beliau kemudiannya memilih meletak jawatan Mufti
pada akhir Jun 1916. Selepas
meletak jawatan beliau mengajar disuraunya di Jalan Merbau, Kota Bharu.
Di bawah bimbingan beliau, lahirlah sejumlah ulama-ulama progresif di
Kleantan. Antaranya termasuklah
Haji As’ad Kangkung, Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Dato’ Haji Ahmad Maher,
Maulana Haji Abdullah Nuh (Pasir Puteh), Haji Ayub Kemboja, Haji Abd Manan
Sumatera, Haji Abd. Wahid Sungai Udang (Melaka), Haji Nik Mat Alim Pulau Melaka
(ayahanda kepada Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Haji Nik Ab. Aziz –
Menteri Besar Kelantan sekarang), Haji Ismail
Lundang Paku, Haji Nik Abd. Rahman Palekbang serta lima orang putera-putera
beliau sendiri (Haji Nik Abdullah), Haji Nik Mat Nazir, Haji Nik Mahmud, Haji
Nik Miuhamad Salleh dan Haji Nik Muhamad Mahyudin). Meninggal
dunia pada petang hari Sabtu 14hb. Januari 1939 ketika berusia 65 tahun.
|